Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Social Icons

Saturday 27 January 2007

E-GOLD


Salam,

Rasanya majoriti yang menjadikan internet sebagai salah satu platform untuk mereka mendapatkan pendapatan tahu apa itu E-GOLD. Mungkin yg baru berkecimpung dalam arena nie pun telah dengar. Cuma elok juga rasanya kalau saya post jugak psl E-GOLD nie kerana mungkin ada lagi yang ingin tahu lagi psl nie. Lagipun salah satu cara untuk top up akaun Marketiva adalah menggunakan E-GOLD selain dari E-Bullian.



APA ITU E-GOLD?

Satu sistem matawang elektronik didaftarkan dibawah E-gold ltd, oleh ahli dewan perniagaan Nevis yang disokong oleh 100% bar emas yang tersimpan. E-gold telah bergabung dalam satu akaun sistem pembayaran untuk menggalakkan lebih ramai orang menggunakan emas sebagai matawang. Secara spesifik pembayaran melalui E-gold membenarkan orang ramai untuk membelanjakan (Spend) sejumlah emas, mengikut perkadaran berat untuk di pindahkan kepada akaun E-gold yang lain. Hanya hakmilik yang berubah. Emas yang tersimpan (treasury grade vault) masih tetap kekal

eGOLD juga adalah merupakan salah satu eCurrency ( matawang online ) yang digunapakai di Internet. Dalam banyak-banyak eCurrency eGOLD adalah eCurrency paling lama (sejak 1996) , paling dipercayai dan paling banyak digunakan di internet. Antara contoh eCurrency yang lain adalah seperti INTgold, NETPAY, eBULLION, PECUNIX dsbg. Konsep penggunaan eGOLD adalah seperti perbankan online tanpa sempadan dan duit dalam akaun eGOLD kita bersandar kepada gram emas semasa. Bagaimana kita menggunakan eGOLD kita terserah kepada kita.


BAGAIMANA UTK MEMBUKA AKAUN E-GOLD?

Membuka akaun eGOLD adalah mudah dan percuma dengan hanya klik DI SINI. Walaupun ia terdapat referal id untuk setiap akaun baru, saya tidak rasa ianya perlu tetapi memudahkan saya untuk membantu anda jika anda lupa nombor akaun anda. Anda perlu mengisi maklumat dengan tepat dan betul kerana jika terjadi kehilangan password atau anda mempunyai masalah dengan akaun egold ini, pihak egold akan menelefon nombor telefon yang anda masukkan dan juga menghantar surat ke alamat yang tertulis untuk tujuan pengesahan.


JUAL BELI E-GOLD

Setelah membuka akaun, anda boleh menambah eGOLD dalam akaun anda dengan pelbagai cara, antaranya beli ( import ) daripada International Exchanger ataupun daripada syarikat tempatan. Saya sarankan anda menggunakan Syarikat tematan seperti egoldmalaysia.com kerana caranya lebih mudah, dan cepat dengan menggunakan Maybank2u/CIMB/PBB/RHB. Sekiranya anda ingin menjual/beli E-GOLD, boleh klik DI SINI

Selain itu, EGOLD juga boleh dibeli pada pada sesiapa yang sudi menjual. Rata-rata harga eGOLD di Malaysia bergerak antara RM3.70 ke RM4.20 per dollar, mengikut kadar jumlah dibeli, permintaan dan jumlah lambakan egold. Ini dapat menjimatkan masa dan mengurangkan yuran proses atas persetujuan suka sama suka kedua-dua belah pihak.


YURAN TRANSAKSI

EGOLD walaubagaimanapun ada caj transaksi 1% tetapi maksimum USD1 paling tinggi per transaksi. Harus diingat yang kekal hanyalah gram emas , nilai dalam USD mungkin akan berkurang dan bertambah sedikit mengikut harga emas semasa. Jadi adalah perlu anda membeli lebih sedikit daripada jumlah yang ingin diguna dan seeloknya ditinggalkan sedikit setiap masa.


PENJAGAAN AKAUN EGOLD

Oleh kerana EGOLD umpama emas dan duit, maka banyak pihak tertarik kepada nombor yang terpapar dalam akaun anda ini. Jadi adalah bijak bagi anda menjaga akaun ini dengan baik supaya tidak terjadi tragedi kecurian dan terhilang akaun EGOLD ini. Hilang EGOLD seperti duit anda dicuri dan hilang akaun seperti dompet anda dikebas orang. Anda sedikit sebanyak mesti belajar tentang sekuriti internet dan boleh menghadapi virus, spyware, keylogger dan sebagainya.

Jumpa lagi.

sumber:
silapbesar.com

0 comments: