Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Social Icons

Wednesday, 23 July 2008

Peralihan kuasa, Abdullah sedang pergunakan Najib?

KUALA LUMPUR,22 Julai (Hrkh) - Bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Sanusi Junid merumuskan bahawa Pelan Peralihan Kuasa 2010 yang disetujui antara Perdana Menteri,Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan timbalannya, Dato' Seri Najib Tun Razak adalah jalan untuk Abdullah menutup ruang Najib bertanding jawatan Presiden Umno.

"Keputusan ini adalah satu keputusan yang tak berapa tepat.Menganggap pada tahun 2010 Abdullah masih PM Imagesedangkan pertandingan dalaman Umno pada bulan Disember ini, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) nak lawan dia.

"Kalau Ku Li menang, maknanya tahun 2010 Abdullah tak boleh serah jawatan kepada Najib.Masa itu dia tak pegang jawatan apa-apa sebab masa itu dia bukan Presiden Umno lagi.

"Jadi bagi saya sebenarnya hak untuk menentukan siapa Perdana Menteri dan Presiden Umno ialah perwakilan Umno.Tidak adillah jika hak perwakilan Umno itu kita ambil," katanya ketika diwawancara Harakah baru-baru ini.

Menurut Sanusi, sekarang ini yang menjadi masalah ialah Najib, kerana baginya jika anak Tun Razak itu teringin untuk menjadi PM pada tahun 2010 Najiblah yang kena kerja kuat supaya Abdullah dapat pencalonan banyak dan menang dalam pertandingan.

Baginya, jika Najib buat kerja itu untuk memenangkan Abdullah kenapa beliau tidak buat kerja untuk memenangkan dirinya (jawatan Presiden Umno), lebih-lebih lagi sekarang ini dalam Umno Najib lebih popular berbanding Abdullah.

"Satu lagi kita dapati dalam Umno hirarki sekarang ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin orang yang duduk di tahap Naib Presiden, jadi Naib Presdien ini tinggi iaitu orang ketiga dalam Umno, jadi Mahyuddin pula dia dah bagi tahu bahawa dia akan bertanding untuk Timbalan jadi tak adillah bagi Abdullah untuk halang Muhyiddin bertanding timbalan," katanya.

Tambahnya, kalau Muhyiddin bertanding timbalan, Najib pula dengar cakap Abdullah maka bagi Sanusi akan berlakulah pertandingan antara Najib dengan Muhyiddin.

"Jadi dalam keadaan sekarang ini belum tentu Najib boleh menang untuk jawatan timbalan jika lawan Muhyiddin, walaupun dia ada peluang besar nak menang jika dia lawan Abdullah Badawi," katanya.

Beliau berpendirian, inisiatif untuk mencadangkan formula 2010 ini kerana barangkali Abdullah telah nampak saingan kuat daripada Ku Li bagi jawatan Presiden.

"Jadi bila dia nampak saingan kuat daripada Ku Li ini, kalau dia nak kena lawan Ku Li untuk jawatan Presiden tanpa sokongan daripada Najib, tentunya dia akan kecundang.

"Sebenarnya yang main peranan menangkan ini ialah bukan Abdullah tolong Najib tetapi Najib tolong Abdullah, kerana Abdullah ini dia sekarang ini sedang 'memfaraidkan' harta yang bukan dia punya, jadi dalam Islam tak adalah konsep itu , jawatan itu bukan dia punya tetapi dia ambil jawatan itu dia nak suruh Najib kempen untuk dia," ujarnya.

Mengulas mengenai sebarang kemungkinan Presiden Umno akan mengubah pendirian pada tahun 2010, Sanusi berkata, Abdullah sangat terkenal dengan perubahan pendirian dalam masa yang segera.

"Macam itu juga dia janji pada tahun 2010, tiba-tiba pada tahun 2010, nampak Najib makin lemah, dia pun kata nak bantu Najib dia teruskan sampai 2013, tambah lagi," katanya. - mks. _

secretkeyword





0 comments: